Monday, June 7, 2010

PENEROKA FELDA DIZALIMI MENTAL & FIZIKAL


Adakah rakyat Malaysia sedar bahawa peneroka felda sedang dizalimi secara mental dan fizikal ?
Mereka dizalimi secara mental kerana dilayan seperti `pekerja ladang estet' dan dinafikan hak walau pun dalam masa yang sama dipaksa membayar segala kos. Mental mereka masih ditanamkan nilai bahawa mereka amat bergantung nasib kepada felda dan telah termakan jasa yang begitu besar hingga mereka tak mungkin mampu membayarnya seumur hidup. Mental mereka dibuli dengan ugutan bahawa mereka boleh bila-bila masa diambil tindakan bahkan dihalau dari rumah dan tanah mereka sekiranya mereka menyokong pembangkang walau pun mereka telah melangsaikan hutang. Mental mereka didera bahawa keluarga dan anak cucu mereka hanya akan selamat dan `berjaya atau bahagia' jika menerima bulat-bulat keputusan felda terhadap harta benda dan hak milik tanah mereka.
Secara fizikal mereka didera kebebasan mereka dengan akta-akta yang digubal oleh kepentingan felda. Mereka dihina dan disusahkan hanya kerana meminta hak tanah mereka diserahkan segera. Mereka dicemuh sebagai tidak mengenang budi hanya kerana tidak setuju dengan beberapa keputusan pengurusan felda. Mereka dan keluarga ditekan, dipinggirkan, dianaktirikan dan diperolokkan hanya kerana mereka ingin berdikari dengan mengusahakan sendiri tanah ladang mereka. Malah ada kalanya pihak berkuasa bersekongkol untuk menambah aib dan azab warga rakyat Malaysia bergelar peneroka yang ingin berfikiran maju tapi berbeza pendekatan dengan felda.
Kisah benar mereka mungkin terlalu `tahyul' oleh sebahagian orang yang masih bermimpi. Ini kerana diari kisah benar mereka tidak pernah dibuka atau cuba diselidiki oleh media yang ditunggangi oleh sekutu Yahudi APCO. Rajin-rajinlah membaca jika ingin mendapat ilmu.

Sunday, June 6, 2010

PENEROKA FELDA vs PEKERJA LADANG ESTET


Peneroka Felda asalnya mengusahakan ladang. Mereka juga seolah `dijemput' mendiami kawasan Felda yang dikelilingi ladang. Prasarana juga seperti kawasan ladang estet ... cuma mereka lebih mewah kerana sekolah, bangunan kerajaan dan perkhidmatan adalah disediakan oleh kerajaan. Jadi adakah peneroka Felda sama sahaja seperti pekerja ladang estet?
Pasti ada perbezaannya kerana perjuangan mereka juga berbeza. Peneroka Felda berjuang mendapatkan hak milik, menentang penyelewengan pengurusan hasil ladang mereka, melawan kezaliman pentadbiran Felda dan menuntut hak keperluan bagi generasi kedua. Pekerja ladang menuntut gaji yang munasabah, kemudahan prasarana yang lebih baik, kebajikan sebagai pekerja serta kemudahan bagi ahli keluarga mereka. BEZANYA ....
Peneroka adalah pemilik tanah kerana mereka membayar semuanya termasuk cukai, kos pembangunan serta kebajikan mereka... manakala pekerja ladang adalah pekerja yang diberi gaji untuk menjalankan kerja ladang, pemilik ladang adalah tokey ladang yang menanggung semua perbelanjaan dan kos. Peneroka dipilih kerana peluang yang terhad seperti pembeli rumah murah yang juga ditemuduga dulu sebelum berpeluang membeli rumah. Tapi apabila mereka telah menjadi pemilik maka `pemaju' tidak boleh sewenangnya menghalau mereka. Pemaju juga perlu patuh kepada undang-undang jualbeli dan tidak boleh meletakkan harga atau baki harga sesuka hati. Pekerja ladang pula diambil kerja secara kontrak. Jika perkhidmatan mereka tidak memuaskan hati tokey... maka mereka boleh diberhentikan tanpa mengabaikan kebajikan mereka seperti tidak boleh diberhentikan atau dihalau 24 jam. Malah dalam keadaan tertentu wajar diberi pampasan kerana kehilangan pendapatan. Tapi tokey ladang adalah pemilik kuasa `mutlak' dalam menentukan kedudukan pekerjanya. Pekerja boleh memohon gaji yang lebih tinggi tapi tidak boleh menuntut mereka dikekalkan bekerja selamanya. Atau menuntut agar tokey menyerahkan hak ladang kepada mereka. Atau mengkritik cara pengurus ladang menjaga ladang milik tokey mereka yang telah dipersetujui oleh tokey. Tapi pekerja ladang tidak kena membayar sebarang cukai atau kos pembangunan ladang milik tokey mereka itu.
Tapi nampaknya Peneroka Felda telah terkeliru kedudukan mereka sehingga direlakan diperlakukan seperti pekerja ladang estet tapi tetap menanggung bebanan sebagai pemilik. Mungkin ia ada kaitan dengan kebijaksanaan pihak `pemaju'. Bukankah dianggap bijak sekiranya pemaju sebuah taman perumahan setelah mampu menjual keseluruhan lot rumahnya dengan keuntungan yang tinggi, kemudian mampu meyakinkan pembeli rumah agar melanggan semua perkhidmatan semasa dan selepas jualan seperti pendawaian, sekuriti, pembaikan, perparitan (dengan bayaran baru bukan termasuk kos pembelian rumah) dan lebih bijak lagi apabila pembeli rumah tertakluk selama-lamanya kepada semua undang-undang yangg digubal oleh pemaju sendiri (walau pun tidak masuk akal) dan pemaju menetapkan bahawa mana-mana undang-undang di dunia ini yang bertentangan dengan undang-undang mereka maka undang-undang itu dianggap batal. Pembeli rumah itu boleh disingkirkan walau pun telah menjelaskan semua bayaran pembelian rumah. Bahkan semua undang-undang ini ditulis atas pertimbangan dan kepentingan mereka sahaja. Lebih hebat lagi jika kerajaan negeri yang memberi tanah itu untuk dimajukan sendiri pun seolah `tiada kuasa' untuk campurtangan.
Jika peneroka Felda sama seperti pekerja ladang estet maka wajarlah ia dipanggil peneroka pekerja estet Felda. Jika tidak sama maka wajarlah kawasan yang diusahakan oleh Felda dinamakan Wilayah Persekutuan Felda yang memiliki kuasa autonomi tersendiri.
Maka apakah nasib peneroka Felda? Membayar tapi Tergadai

KEZALIMAN YANG DISELINDUNGI


Sejarah manusia mencatatkan bahawa kezaliman berlaku dalam banyak bentuk. Ada kezaliman yang dilakukan sebagai simbol kekuatan seperti dalam peperangan. Ada kezaliman yang dilakukan sebagai simbol penguasaan seperti penjajahan. Ada kezaliman yang dilakukan kerana nafsu pemimpin dan dipaksakan ke atas orang bawahan untuk melaksanakannya. Ada pula kezaliman yang disembunyikan agar orang yang dizalimi terus tunduk di bawah penguasaan penzalim. Oleh itu penzalim akan menguasai `media' agar kezaliman yang dilakukan dapat diolah seperti suatu perlakuan biasa dan memenuhi fitrah. Tujuannya agar orang yang dizalimi atau orang luar dapat `diperbodohkan'. Orang yang tidak sedar situasi sebenar akan mudah dimanupulasi. Sebab itulah Yahudi sangat memahami kuasa maklumat bagi menguasai dunia.
Walau apa pun keadaannya, kezaliman adalah satu kekejian. Ia bertentangan dengan fitrah manusia yang murni. Ia jauh dari nilai ajaran agama apatah lagi Islam. Orang yang zalim dikutuk oleh Allah SWT. Orang yang merelakan kezaliman berlaku jauh dari pedoman agama. Orang yang sanggup dizalimi adalah dayus sekiranya dia mampu mengubah keadaannya. Orang yang merelakan hak diri, keluarga dan keturunannya dizalimi adalah orang yang membelakangkan ajaran agama walau pun kelihatannya dia taatkan agama. Bagaimana pula keadaannya orang yang menghalang atau menentang bahkan memfitnah orang yang cuba membawa keadilan kepada orang yang sedang dizalimi? Sedangkan mereka tiada kepentingan peribadi. Bukankah sejarah perjuangan para nabi dan rasul penuh dengan perjuangan menentang penzalim dan pendokong mereka? Kalaulah Allah melaknat mereka yang bernama Firaun, Haman dan Abu Jahal kerana kedegilan mereka mempertahankan kezaliman yang telah sebati dengan mereka, kenapa pula Allah akan berkompromi dengan mereka yang menzalimi orang ramai sedangkan mereka telah diberi pedoman agama sejak kecil? Bukankah orang yang telah sedia mengetahui kekejian sifat kezaliman wajar dihukum Allah dengan azab yang lebih dahsyat. Apatah lagi jika kezaliman itu berkaitan dengan mengkhianati amanah rakyat.
Namun begitu, ada juga orang yang terkeliru dengan tindakan mereka. Kezaliman dianggap wajar bagi menjaga kepentingan mereka. Kezaliman juga dianggap patut kerana itu sahajalah jalan bagi mereka terus `survive' dalam kemewahan. Ada juga pelaksana kezaliman telah dilalikan dengan `mentera' oleh pemimpin mereka bahawa tindakan mereka adalah betul demi menjalankan tugas dan tanggungjawab demi negara. Kesian mereka kerana bersungguh-sungguh menyuapkan `bara api neraka' ke tekak ahli keluarga mereka tanpa sedar.

Wednesday, May 12, 2010

Sekitar Ceramah Kelompok & Penerangan di Felda Soeharto





Satu sesi penerangan telah dijalankan di Felda Soeharto, Hulu Bernam semasa tempoh kempen Pilihanraya Kecil Hulu Selangor pada 20 April 2010 lalu. Kehadiran lebih 40 orang warga peneroka telah memperlihatkan sambutan baik kepada usaha membela nasib peneroka.
Biro Felda PKR Pusat yang diketuai oleh Haji Suhaimi Said dengan kerjasama Warga Felda Prihatin telah memulakan gerak-kerja penerangan di sekitar kawasan felda berdekatan iaitu Felda Soeharto, Felda Gedangsa, Felda Sungai Tengi dan Felda Sungai Tengi Selatan.
Pada ceramah kelompok tersebut, Haji Suhaimi secara panjang lebar telah menjelaskan peranan Felda memanipulasi hak peneroka demi kepentingan keuntungan dengan menafikan banyak hak peneroka. Turut hadir di sesi tersebut saudara Rebin Birham, saudara T.Kumar, saudari Lateefa Koya dan saudara Syed Shahir (Pengerusi MTUC).
Warga Felda Prihatin turut menerbitkan risalah-risalah penerangan berkaitan penyelewengan Felda dan penindasan yang berlaku kepada warga peneroka. Risalah-risalah tersebut telah diedarkan sepanjang tempoh berkempen di kawasan-kawasan Felda terbabit.
Hasil daripada keputusan PRK Hulu Selangor lalu, telah berlaku peningkatan sokongan oleh warga peneroka di kawasan-kawasan tersebut kepada 40% berbanding sokongan hanya 28% yang diterima ketika PRU 2008.
Gerakan penerangan seperti ini harus berterusan supaya kesedaran warga peneroka ditingkatkan dengan penyampaian maklumat yang tepat, benar dan ringkas.

Tuesday, May 11, 2010

Dialog & Pertemuan wakil-wakil peneroka dengan Biro Felda PKR Pusat

Sokongan padu peneroka...kehadiran lebih 80 orang wakil wakil peneroka

Haji Suhaimi Said ketika menyampaikan penerangan penyelewengan Felda


Dialog & Pertemuan
11 April 2010 / Ahad

Bertempat di Pejabat Keadilan Cabang Jempol, Bandar Seri Jempol satu pertemuan dan dialog antara wakil-wakil peneroka dari Felda Serting Hilir, Felda Raja Alias, Felda Palong, Felda Kemayan, Pahang telah berlangsung dengan jayanya.

Matlamat program adalah untuk mendengar permasalahan dan mendapatkan maklumat-maklumat penting berkaitan penindasan yang dilakukan oleh Felda terhadap para peneroka. Sesi penerangan berkenaan cara-cara penindasan sistematik oleh Felda telah disampaikan oleh Pengerusi Biro Felda PKR Pusat, Haji Suhaimi Said. Penjelasan secara panjang lebar dan terperinci telah membangkitkan kesedaran betapa hak dan keadilan peneroka harus diperjuangkan supaya mereka tidak terus ditindas selamanya.

Turut hadir Pengerusi Warga Felda Prihatin, Haji Muhamad Kamel Yassin, setiausahanya-saudara Rebin Birham, Penasihat undang-undang bagi Warga Felda Prihatin-saudara T.Kumar, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Jempol, saudara Karip Salleh, Naib Presiden PKR Pusat, YB Sivarasa Rasiah, Ketua Penerangan PKR Pusat-saudari Lateefa Koya, Setiausaha PKR Negeri Sembilan-saudara Sabaruddin Mohd Yassim dan Yang Dipertua PAS Kawasan Jempol.

Lebih 80 orang wakil peneroka telah datang menjayakan program tersebut. Dalam program tersebut, saudara Karip Salleh yang juga seorang peneroka dari Felda Serting Hilir telah memaklumkan tindakan saman kepada Felda berkaitan nilai perahan sawit yang telah ditipu oleh Felda.
BERSATU MEMBELA WARGA PENEROKA


Mukadimah Pengenalan

Warga Felda Perihatin telah diasaskan pada pertengahan tahun 2008 lalu di Seremban. Penubuhan badan bukan kerajaan ini telah dicetuskan oleh saudara Haji Muhamad Kamel Yassin bersama saudara Rebin Birham sebagai sebuah badan yang bertindak membela keadilan hak warga peneroka khususnya di Negeri Sembilan.

Asas penubuhan badan ini bukan sebagai suatu landasan untuk mencipta nama tetapi rasionalnya saudara Haji Kamel dan saudara Rebin juga adalah anak peneroka yang secara tersendirinya begitu memahami sosio-budaya yang berlaku dalam warga peneroka Felda. Haji Kamel berasal dari Feldayan Sendayan dan saudara Rebin pula berasal daripada Felda Palong, Jempol.

Penindasan dan kezaliman yang berlaku terhadap warga peneroka yang dengan mudahnya dimanipulasikan oleh Felda telah membangkitkan suatu keazaman dan semangat untuk membela nasib seluruh warga peneroka yang tertindas.

Gerakan badan ini adalah bermatlamat menegakkan hak peneroka dan menjadikan warga peneroka sebagai tuan tanah, bukan lagi menjadi hamba di laman sendiri.