Tuesday, May 18, 2010
Wednesday, May 12, 2010
Sekitar Ceramah Kelompok & Penerangan di Felda Soeharto
Satu sesi penerangan telah dijalankan di Felda Soeharto, Hulu Bernam semasa tempoh kempen Pilihanraya Kecil Hulu Selangor pada 20 April 2010 lalu. Kehadiran lebih 40 orang warga peneroka telah memperlihatkan sambutan baik kepada usaha membela nasib peneroka.
Biro Felda PKR Pusat yang diketuai oleh Haji Suhaimi Said dengan kerjasama Warga Felda Prihatin telah memulakan gerak-kerja penerangan di sekitar kawasan felda berdekatan iaitu Felda Soeharto, Felda Gedangsa, Felda Sungai Tengi dan Felda Sungai Tengi Selatan.
Pada ceramah kelompok tersebut, Haji Suhaimi secara panjang lebar telah menjelaskan peranan Felda memanipulasi hak peneroka demi kepentingan keuntungan dengan menafikan banyak hak peneroka. Turut hadir di sesi tersebut saudara Rebin Birham, saudara T.Kumar, saudari Lateefa Koya dan saudara Syed Shahir (Pengerusi MTUC).
Warga Felda Prihatin turut menerbitkan risalah-risalah penerangan berkaitan penyelewengan Felda dan penindasan yang berlaku kepada warga peneroka. Risalah-risalah tersebut telah diedarkan sepanjang tempoh berkempen di kawasan-kawasan Felda terbabit.
Hasil daripada keputusan PRK Hulu Selangor lalu, telah berlaku peningkatan sokongan oleh warga peneroka di kawasan-kawasan tersebut kepada 40% berbanding sokongan hanya 28% yang diterima ketika PRU 2008.
Gerakan penerangan seperti ini harus berterusan supaya kesedaran warga peneroka ditingkatkan dengan penyampaian maklumat yang tepat, benar dan ringkas.
Tuesday, May 11, 2010
Dialog & Pertemuan wakil-wakil peneroka dengan Biro Felda PKR Pusat
Haji Suhaimi Said ketika menyampaikan penerangan penyelewengan Felda
11 April 2010 / Ahad
Bertempat di Pejabat Keadilan Cabang Jempol, Bandar Seri Jempol satu pertemuan dan dialog antara wakil-wakil peneroka dari Felda Serting Hilir, Felda Raja Alias, Felda Palong, Felda Kemayan, Pahang telah berlangsung dengan jayanya.
Matlamat program adalah untuk mendengar permasalahan dan mendapatkan maklumat-maklumat penting berkaitan penindasan yang dilakukan oleh Felda terhadap para peneroka. Sesi penerangan berkenaan cara-cara penindasan sistematik oleh Felda telah disampaikan oleh Pengerusi Biro Felda PKR Pusat, Haji Suhaimi Said. Penjelasan secara panjang lebar dan terperinci telah membangkitkan kesedaran betapa hak dan keadilan peneroka harus diperjuangkan supaya mereka tidak terus ditindas selamanya.
Turut hadir Pengerusi Warga Felda Prihatin, Haji Muhamad Kamel Yassin, setiausahanya-saudara Rebin Birham, Penasihat undang-undang bagi Warga Felda Prihatin-saudara T.Kumar, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Jempol, saudara Karip Salleh, Naib Presiden PKR Pusat, YB Sivarasa Rasiah, Ketua Penerangan PKR Pusat-saudari Lateefa Koya, Setiausaha PKR Negeri Sembilan-saudara Sabaruddin Mohd Yassim dan Yang Dipertua PAS Kawasan Jempol.
Lebih 80 orang wakil peneroka telah datang menjayakan program tersebut. Dalam program tersebut, saudara Karip Salleh yang juga seorang peneroka dari Felda Serting Hilir telah memaklumkan tindakan saman kepada Felda berkaitan nilai perahan sawit yang telah ditipu oleh Felda.
BERSATU MEMBELA WARGA PENEROKA
Mukadimah Pengenalan
Warga Felda Perihatin telah diasaskan pada pertengahan tahun 2008 lalu di Seremban. Penubuhan badan bukan kerajaan ini telah dicetuskan oleh saudara Haji Muhamad Kamel Yassin bersama saudara Rebin Birham sebagai sebuah badan yang bertindak membela keadilan hak warga peneroka khususnya di Negeri Sembilan.
Asas penubuhan badan ini bukan sebagai suatu landasan untuk mencipta nama tetapi rasionalnya saudara Haji Kamel dan saudara Rebin juga adalah anak peneroka yang secara tersendirinya begitu memahami sosio-budaya yang berlaku dalam warga peneroka Felda. Haji Kamel berasal dari Feldayan Sendayan dan saudara Rebin pula berasal daripada Felda Palong, Jempol.
Penindasan dan kezaliman yang berlaku terhadap warga peneroka yang dengan mudahnya dimanipulasikan oleh Felda telah membangkitkan suatu keazaman dan semangat untuk membela nasib seluruh warga peneroka yang tertindas.
Gerakan badan ini adalah bermatlamat menegakkan hak peneroka dan menjadikan warga peneroka sebagai tuan tanah, bukan lagi menjadi hamba di laman sendiri.
Asas penubuhan badan ini bukan sebagai suatu landasan untuk mencipta nama tetapi rasionalnya saudara Haji Kamel dan saudara Rebin juga adalah anak peneroka yang secara tersendirinya begitu memahami sosio-budaya yang berlaku dalam warga peneroka Felda. Haji Kamel berasal dari Feldayan Sendayan dan saudara Rebin pula berasal daripada Felda Palong, Jempol.
Penindasan dan kezaliman yang berlaku terhadap warga peneroka yang dengan mudahnya dimanipulasikan oleh Felda telah membangkitkan suatu keazaman dan semangat untuk membela nasib seluruh warga peneroka yang tertindas.
Gerakan badan ini adalah bermatlamat menegakkan hak peneroka dan menjadikan warga peneroka sebagai tuan tanah, bukan lagi menjadi hamba di laman sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)