Tuesday, May 11, 2010

Dialog & Pertemuan wakil-wakil peneroka dengan Biro Felda PKR Pusat

Sokongan padu peneroka...kehadiran lebih 80 orang wakil wakil peneroka

Haji Suhaimi Said ketika menyampaikan penerangan penyelewengan Felda


Dialog & Pertemuan
11 April 2010 / Ahad

Bertempat di Pejabat Keadilan Cabang Jempol, Bandar Seri Jempol satu pertemuan dan dialog antara wakil-wakil peneroka dari Felda Serting Hilir, Felda Raja Alias, Felda Palong, Felda Kemayan, Pahang telah berlangsung dengan jayanya.

Matlamat program adalah untuk mendengar permasalahan dan mendapatkan maklumat-maklumat penting berkaitan penindasan yang dilakukan oleh Felda terhadap para peneroka. Sesi penerangan berkenaan cara-cara penindasan sistematik oleh Felda telah disampaikan oleh Pengerusi Biro Felda PKR Pusat, Haji Suhaimi Said. Penjelasan secara panjang lebar dan terperinci telah membangkitkan kesedaran betapa hak dan keadilan peneroka harus diperjuangkan supaya mereka tidak terus ditindas selamanya.

Turut hadir Pengerusi Warga Felda Prihatin, Haji Muhamad Kamel Yassin, setiausahanya-saudara Rebin Birham, Penasihat undang-undang bagi Warga Felda Prihatin-saudara T.Kumar, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Jempol, saudara Karip Salleh, Naib Presiden PKR Pusat, YB Sivarasa Rasiah, Ketua Penerangan PKR Pusat-saudari Lateefa Koya, Setiausaha PKR Negeri Sembilan-saudara Sabaruddin Mohd Yassim dan Yang Dipertua PAS Kawasan Jempol.

Lebih 80 orang wakil peneroka telah datang menjayakan program tersebut. Dalam program tersebut, saudara Karip Salleh yang juga seorang peneroka dari Felda Serting Hilir telah memaklumkan tindakan saman kepada Felda berkaitan nilai perahan sawit yang telah ditipu oleh Felda.
BERSATU MEMBELA WARGA PENEROKA


No comments:

Post a Comment