Wednesday, May 12, 2010

Sekitar Ceramah Kelompok & Penerangan di Felda Soeharto





Satu sesi penerangan telah dijalankan di Felda Soeharto, Hulu Bernam semasa tempoh kempen Pilihanraya Kecil Hulu Selangor pada 20 April 2010 lalu. Kehadiran lebih 40 orang warga peneroka telah memperlihatkan sambutan baik kepada usaha membela nasib peneroka.
Biro Felda PKR Pusat yang diketuai oleh Haji Suhaimi Said dengan kerjasama Warga Felda Prihatin telah memulakan gerak-kerja penerangan di sekitar kawasan felda berdekatan iaitu Felda Soeharto, Felda Gedangsa, Felda Sungai Tengi dan Felda Sungai Tengi Selatan.
Pada ceramah kelompok tersebut, Haji Suhaimi secara panjang lebar telah menjelaskan peranan Felda memanipulasi hak peneroka demi kepentingan keuntungan dengan menafikan banyak hak peneroka. Turut hadir di sesi tersebut saudara Rebin Birham, saudara T.Kumar, saudari Lateefa Koya dan saudara Syed Shahir (Pengerusi MTUC).
Warga Felda Prihatin turut menerbitkan risalah-risalah penerangan berkaitan penyelewengan Felda dan penindasan yang berlaku kepada warga peneroka. Risalah-risalah tersebut telah diedarkan sepanjang tempoh berkempen di kawasan-kawasan Felda terbabit.
Hasil daripada keputusan PRK Hulu Selangor lalu, telah berlaku peningkatan sokongan oleh warga peneroka di kawasan-kawasan tersebut kepada 40% berbanding sokongan hanya 28% yang diterima ketika PRU 2008.
Gerakan penerangan seperti ini harus berterusan supaya kesedaran warga peneroka ditingkatkan dengan penyampaian maklumat yang tepat, benar dan ringkas.

No comments:

Post a Comment